Mungkin anda semua sudah tahu, belum tahu ataupun tak pernah terfikir untuk ambil kisah mengenai kisah disebalik bunga raya ini.
Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bungan kebangsaan pada hujung tahun 1958. Antara bunga-bungan yang terpilih ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Jabatan Penerangan telah diberi tugas untuk menjalankan kajian untuk mendapatkan reaksi orang ramai.
Kajian yang diadakan di bandar dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia mendapati penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Namun, kerajaan akhirnya memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan kerana ia bunga yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati dan yang paling penting belum dijadikan sebagai bunga kebangsaan oleh mana-mana negara.
Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan.
Antara fakta tambahan mengenai bunga dari keluarga malvaceae ini yang lebih dikenali dengan nama hibuscus ialah:
- Boleh dibuat kertas, iaitu pokok kenaf (Hibiscus cannabinus)
- Boleh dibuat minuman, iaitu pokok roselle (Hibiscus sabdariffa)
- Dibuat sebagai teh herba kerana mengandungi vitamin C dan mineral. Kajian oleh USDAmengatakan ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi
- Bunga raya merah ( Hibiscus rosa-sinensis) mempunyai agen anti-solar yang menghalang radiasi ultraviolet
- Boleh menggantikan pewarna makanan seperti E163 dan E127
No comments:
Post a Comment